Welcome to Kedai Buku Online

Beautiful Lie (L89)

Berat: 0.460kg

RM31.50 RM35.00
    Availability : 14
Item Code : # 9789678609517
    Pilih Lokasi
Add to Cart
  Tajuk:  Beautiful Lie
ISBN:  9789678609517 Penerbit: Karangkraf Sdn Bhd Penulis: Mazni Aznita
Tahun Terbitan: 2020
Muka Surat: 592
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.460
Dimensi (cm): 18.5cm x 11.5cm x 2.5cm      Sinopsis Adriana Imaniyah terpaksa berhutang angkara si ayah, sehingga terpaksa menurut kehendak seorang wanita demi melunasi hutang-hutangnya. Kerana diugut, dia setuju menjadi tutor untuk Adham Mirza yang agak nakal dan pemalas.   Adham Mirza lelaki muda yang tidak pernah punya cita-cita tinggi kecuali menghabiskan masa dengan berhibur. Dan bila Adriana muncul dalam hidupnya, targetnya hanya satu, mahu menyingkirkan gadis itu dari rumahnya.   Namun, satu tragedi hitam mengubah hidup mereka selamanya. Apabila Adriana menjadi suspek pembunuhan ayahnya, Fahrin dan hilang dalam satu kemalangan jalan raya, Adham Mirza memulakan misi menjejak gadis itu demi mencari jawapan dan sebuah kepastian.   “Jadi ini rupa sebenar Adriana Imaniyah? A big fat liar? Is that what you really are? Kau gadis dengan dua wajah, yang hanya muncul untuk buat aku jadi gila. Well, a big applause for you dear. You did a very good job.”  - MIRZA   Enam tahun kemudian, Adriana muncul secara tiba-tiba. Mampukah Adham Mirza membalas dendam pada satu-satunya gadis yang tidak pernah hilang dalam hatinya sejak dulu lagi?   “Saya tak bermaksud untuk menghuru-harakan hidup seseorang. Sekurang-kurangnya bukan hidup awak Mirza.” - ADRIANA Info Beautiful Lie: -Beautiful Lie merupakan novel ke-8 Mazni Aznita. Penulis yang sinonim dengan genre cinta selain diselitkan elemen thriller ringan di dalam karyanya ini kini tampil dengan kelainan daripada sudut watak. Watak yang dipaparkan kali ini, iaitu watak seorang gadis bernama Adriana Imaniyah yang terpaksa melalui pelbagai cabaran dalam meneruskan hidupnya. Penderitaan demi penderitaan dilaluinya di mana dia sering kali dipukul oleh bapanya sendiri, namun dia terus bangkit dan berjaya menghadapi rintangan dan cabaran.  - Selain itu, babak dan aksi pembunuhan serta penyiasatan turut diselitkan di dalam novel ini.

 

Berat (KG) Semenanjung Sabah / Sarawak
0.00 RM6.00 RM10.00
0.50 RM6.00 RM10.00
1.00 RM7.00 RM15.00
1.50 RM8.00 RM21.00
2.00 RM8.00 RM26.00
3.00 RM9.00 RM41.00
4.00 RM9.00 RM51.00
5.00 RM9.00 RM60.00
6.00 RM10.00 RM70.00
7.00 RM11.00 RM80.00
8.00 RM12.00 RM90.00
9.00 RM13.00 RM100.00

*Harga mungkin berubah dari masa ke masa mengikut kadar semasa courier.

Copyright © 2024 Kedai Buku Online . All rights reserved