Welcome to Kedai Buku Online

DIY Hafaz Quran Di Rumah (L125)

Berat: 0.260kg

RM22.50 RM25.00
    Availability : 1
Item Code : #9789671611128
    Pilih Lokasi
Add to Cart

Tajuk: DIY Hafaz Quran Dirumah

ISBN: 9789671611128

Penerbit: PACU Resources

Penulis: Widad Asnawi | Bushra Talib

Tarikh Terbit: 2021

Muka Surat: 80 m/s

Halaman: Berwarna

Berat (Kg): 0.26

Format: Softcover

Dimensi (Cm): 29.6 x 21.1 x 0.4

Saiz: A4

 

SINOPSIS

 

Buku ini adalah kompilasi modul yang digunakan di seluruh cawangan Raudhatul Huffaz untuk membiasakan minda anak-anak agar seronok berdamping dengan al-Quran.

Ada yang seronok dengan kaedah ini & bersungguh-sungguh mahu menghafal al-Quran. Pelajar yang berada di pedalaman Sabah, bersemangat untuk menghafaz walaupun terpaksa berjalan kaki dalam jarak yang jauh dari kelas mereka.


Objektif & matlamat buku ini diterbitkan:



1. Buku ini hanya untuk "trigger" menghafaz, bagi cambah minat dan semangat mulakan hafazan, bukan untuk menghafaz 30 juzuk.

2. Buku ini bukan sekadar untuk menghafaz, tapi untuk faham kandungan al-Quran. Faham 1 juzuk adalah lebih baik daripada hafaz tapi langsung tak faham apa-apa.

3. Buku ini nak buka minda kita jadi Huffaz bukan sekadar hafaz al-Quran, tapi tahu wujudnya dan pentingnya hafaz hadis Nabi sebagai sumber kedua.

4. Buku ini memuatkan nasyid perjuangan untuk membangkitkan semula semangat kehebatan Islam dahulukala.

5. Buku ini mengandungi ruang laporan untuk pemantauan prestasi. Penglibatan bersama asatizah yang mengajar dan disambung pula oleh ibu ayah di rumah sangat penting untuk pembentukan anak-anak ini khususnya selepas habis sesi kelas. la tidak boleh dilepaskan pada asatizah sahaja semata-mata. Ibu ayah juga perlukan bimbingan asatizah. Mulakan hafazan peribadi termasuk untuk diri ibu ayah dan guru-guru juga.  

 

Bukan Sekadar Menghafaz Al-Quran     "Buku DIY Hafaz Quran di Rumah ini sangat bertepatan dengan hasrat untuk mengembalikan semula generasi Islam yang terulung. Ia juga bertepatan dengan slogan yang dibawa 'Bukan Sekadar Menghafaz'.   Buku ini bukan sekadar untuk menyuntik minat menghafaz Al-Quran, tapi juga menghafaz hadis-hadis pendek, membongkar kandungan yang ada dalam surah, menjiwai juga nasyid perjuangan dan juga memahami kehebatan Allah pada nama-nama-Nya."   - Dato' Haji Zamri bin Hasyim Timbalan Mufti Negeri Perak
Berat (KG) Semenanjung Sabah / Sarawak
0.00 RM6.00 RM10.00
0.50 RM6.00 RM10.00
1.00 RM7.00 RM15.00
1.50 RM8.00 RM21.00
2.00 RM8.00 RM26.00
3.00 RM9.00 RM41.00
4.00 RM9.00 RM51.00
5.00 RM9.00 RM60.00
6.00 RM10.00 RM70.00
7.00 RM11.00 RM80.00
8.00 RM12.00 RM90.00
9.00 RM13.00 RM100.00

*Harga mungkin berubah dari masa ke masa mengikut kadar semasa courier.

Copyright © 2024 Kedai Buku Online . All rights reserved